Walimatulurus
Aiman & Aisyah
31 Disember 2026
Setiap majlis, dijemput dengan indah
Cipta jemputan untuk majlis kahwin, aqiqah, hari jadi hingga annual dinner syarikat — lengkap dengan RSVP, lokasi Waze & Google Maps, galeri dan countdown, dalam satu pautan untuk dikongsi.
Edit dahulu. Bayar kemudian. Tiada langganan.
Koleksi
Pilih design yang sepadan dengan tema majlis anda. Setiap satu ialah kad sebenar yang boleh anda cuba sendiri — bukan sekadar gambar.
Klik pada mana-mana design untuk mula mencuba.
Walimatulurus
Aiman & Aisyah
31 Disember 2026
Walimatulurus
Aiman & Aisyah
31 Disember 2026
Walimatulurus
Aiman & Aisyah
31 Disember 2026
Walimatulurus
Aiman & Aisyah
31 Disember 2026
Untuk setiap majlis
Dari akad nikah hingga annual dinner syarikat — pilih jenis majlis anda, dan kad terus menyusun seksyen serta ayat yang sesuai.
11 majlis
7 majlis
Dengan E'Jemput, semua maklumat penting ada dalam satu pautan — tetamu buka, baca, dan terus tahu apa yang perlu.
Kenapa E'Jemput
Daripada maklumat majlis hingga pengesahan kehadiran, E'Jemput menyatukan semuanya dalam satu kad jemputan digital yang mudah dibuka dan dikongsi.
Template yang elegan dan cantik di setiap skrin. Dengan Premium, warna, font dan seksyen kad boleh disesuaikan dengan tema majlis anda sendiri.
Satu pautan untuk WhatsApp, Instagram atau terus kepada tetamu. Mereka membukanya dan terus RSVP — tiada aplikasi, tiada pendaftaran.
Semua yang tetamu perlukan berada di dalam kad yang sama — dan jumlah kehadiran terkumpul sendiri, tanpa borang untuk anda edarkan atau senarai untuk anda kemas kini.
Apa yang ada di dalam setiap kad
RSVP
Tetamu sahkan kehadiran dalam kad, dan jumlahnya terkumpul di dashboard anda.
Lokasi
Satu klik, tetamu terus ke Waze atau Google Maps.
Kalendar
Tetamu simpan tarikh majlis terus ke kalendar mereka.
Hubungi
Tetamu boleh panggil atau WhatsApp tuan rumah dengan satu klik.
Salam Kaut
Nombor akaun dan kod QR untuk tetamu yang ingin memberi.
Ucapan Tetamu
Ucapan tetamu tersimpan dalam kad, untuk anda simpan sebagai kenangan.
Galeri
Gambar pre-wedding, si kecil, hari graduasi atau momen istimewa majlis anda.
Menanti Hari
Tetamu turut menghitung hari menuju majlis anda.
Cara Ia Berfungsi
01
Pilih template yang paling sesuai dengan tema majlis anda, kemudian klik Cuba Kad Ini.
02
Masukkan nama, tarikh, lokasi, gambar dan maklumat majlis. Tak perlu daftar akaun untuk mula.
03
Lihat kad sebenar berubah sambil anda edit — semuanya sebelum membuat sebarang bayaran.
04
Bila semuanya sudah siap, bayar sekali dan terus kongsikan pautan kad kepada tetamu.
Tak pandai design? Tak perlu.
Setiap template sudah siap direka — warna, font dan susun aturnya sudah dipadankan. Anda cuma isi maklumat majlis dan masukkan gambar, dan kad yang cantik terbentuk di depan mata.
Tiada Risiko
Pilih design, masukkan maklumat anda dan lihat sendiri bagaimana jemputan anda akan kelihatan di telefon — lengkap dengan galeri, lokasi dan RSVP — sebelum membuat keputusan.
Edit dahulu. Bayar apabila anda sudah puas hati. Tiada kad kredit diperlukan untuk mengedit.
E'Jemput ialah produk Hansys Tech Enterprise, berdaftar dengan SSM — 202603227326 (IP0631447-U).
Resit dan invois rasmi dihantar ke emel anda sebaik bayaran disahkan.
Dasar bayaran balik ditunjukkan sebelum anda membayar — tiada kejutan selepasnya.
Hubungi kami melalui WhatsApp, emel atau tiket sokongan dari dashboard anda.
Harga
Bayar sekali sahaja — tiada langganan bulanan, tiada pembaharuan automatik. Dan anda hanya bayar selepas melihat kad anda sendiri.
Untuk anda yang mahukan jemputan digital yang cantik dan lengkap.
Harga asal RM89 Harga promo RM62.30 sekali bayar
Early Bird Promotion — sehingga 30 November 2026
+ diskaun tambahan RM10 dengan menjawab maklum balas ringkas semasa bayar
Pilihan Utama
Untuk anda yang mahukan lebih banyak sentuhan personal.
Harga asal RM129 Harga promo RM90.30 sekali bayar
Early Bird Promotion — sehingga 30 November 2026
+ diskaun tambahan RM10 dengan menjawab maklum balas ringkas semasa bayar
Tambahan RM28 daripada harga Basic untuk ubah design kad mengikut citarasa anda.
Kad aktif sehingga habis hari majlis anda, dan boleh diedit bila-bila masa sebelum itu.
Tak pasti nak pilih?
Cuba kedua-duanya dahulu — dalam editor, anda boleh tukar pakej bila-bila masa sebelum bayar dan lihat hasilnya sendiri. Kalau pilih Basic, anda masih boleh naik taraf ke Premium kemudian dengan membayar bezanya sahaja.
Soalan Lazim
Boleh. Pilih mana-mana design, isi maklumat majlis anda dan lihat kad sebenar — bukan gambar contoh — sebelum apa-apa bayaran. Tak perlu daftar akaun untuk mula. Skrin bayaran hanya muncul apabila anda sendiri memilih untuk bayar. Draf yang tidak disunting atau dibayar dalam masa 24 jam akan dipadam sendiri.
Tiada. Satu bayaran untuk satu majlis, dan itu sahaja. Tiada langganan, tiada pembaharuan automatik.
Boleh. Kad anda kekal boleh diedit selepas bayaran, sehingga hari majlis — melalui pautan edit yang sama atau dari dashboard anda. Tarikh salah atau nama tersilap eja tak perlu dibeli semula.
Tidak. Kad dibuka terus dalam browser telefon melalui pautan yang anda kongsi — di WhatsApp, Instagram atau mana-mana aplikasi lain. Tiada aplikasi untuk dimuat turun dan tiada akaun untuk didaftar, termasuk untuk RSVP.
Boleh — kad direka untuk telefon terlebih dahulu, kerana di situlah kebanyakan tetamu akan membukanya. Ia juga boleh dibuka di tablet dan komputer.
Kedua-duanya. Seksyen Lokasi memaparkan peta majlis anda dengan butang berasingan untuk Google Maps dan Waze, jadi tetamu terus membuka aplikasi yang mereka sudah biasa guna.
Kad anda terbuka kepada tetamu sehingga habis hari majlis. Selepas tarikh itu berlalu ia ditamatkan secara automatik, dan lima hari kemudian ia diarkibkan — jawapan RSVP dan ucapan tetamu anda kekal boleh dilihat dari dashboard.
Sebelum bayar, anda boleh tukar antara Basic dan Premium dalam editor bila-bila masa. Selepas bayar Basic, anda masih boleh naik taraf ke Premium dengan membayar beza RM40 sahaja. Premium tidak boleh diturunkan ke Basic.
Sebab itulah anda boleh lihat kad sebenar dahulu. Sebaik bayaran disahkan, kad anda dijana dan pautannya terus boleh dikongsi, jadi tiada bayaran balik kerana berubah fikiran. Salah taip atau majlis ditunda tidak perlu beli kad baharu — edit sahaja kad yang sedia ada. Butiran penuh ada dalam Dasar Bayaran Balik.
Hubungi kami melalui WhatsApp atau emel yang tertera di bahagian bawah halaman ini. Selepas membuat bayaran, anda juga boleh menghantar tiket sokongan terus dari dashboard anda.
Cipta kad jemputan digital anda hari ini. Pilih design, masukkan maklumat dan lihat hasilnya sendiri — sebelum anda bayar apa-apa.
Edit dahulu. Bayar kemudian.